Pages

Tuesday, 1 July 2014

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat..

Kaya di dunia..Kaya di akhirat..membelanjakan HARTA kekayaan ke JALAN ALLAH..
Keuntungan pendapatan dibahagi..separuh di kembalikan pada yang hak..
Salam buat pembaca blogku yang setia..
Hari ini rasa nak share tentang kisah yang sangat menarik perhatian sy untuk terus membaca dan menghayati setiap kata-katanya. Insya Allah..sy akan gunakan nasihat ni untuk peringatan diri sendiri, pada anda juga.. 

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah pakcik ni membuatkan sy akan sentiasa terus berusaha sampai dapat apa yang sy nak kecapi dalam kehidupan. Bagaimana dengan anda..sudah tentu nak juga kekayaan dunia dan akhirat. 
Semoga nasihat dr pakcik ni akan terus mendorong kita untuk terus maju demi diri, keluarga agama dan orang-orang disekeliling kita. 


Salam Ukhwah Dari Nanie..


Wednesday, 9 April 2014

10 AMALAN HARIAN.


Apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya..Dia lebih tahu..dan ada sebabnya..

10 AMALAN HARIAN.

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.
Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman
Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati
Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.
Salam sayang dr Nanie..

Wednesday, 2 April 2014

Nak jadi orang KAYA dunia & akhirat..baca Surah Al-Waqiah

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al Waqiah



Surah Al-Waqiah elok dijadikan amalan harian. Ia digelar surah kaya. Orang yang mengamalkan surahini dengan izin Allah, tidak akan menjadi miskin. Itulah antara fadhilat yang di sebut di dalam hadis. Tetapi bagaimana untuk mengamalkannya?

Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran".
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya'. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Nabi s.a.w. : "Ajarkanlah Surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan".
Sabda Nabi s.a.w. : "Barangsiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam maka iatidak akan tertimpa kefakiran selama-lamanya. Dan Surah Al Waqiah adalah Surah Kekayaan, maka ajarkanlah kepada anak-anakmu semua".

Menurut fatwa sebahagian Ulama' katanya: "barangsiapa membaca Surah Al Waqiah pada setiap hari dan malam dalamsatu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah s.w.t akan memudahkan rezekiiinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula".

Surah Al Waqiah adalah Surah yang ke 56 dalam Al Quran, terletak pada Juz 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al Waqiah kerana di ambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dalam Surah ini, yang ertinya "Kiamat". Di dalam Surah ini menerangkan tentang hari Kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang Mukmin dan orang-orang Kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam Surah Al Waqiah terkandung beberapa khasiat, antaranya ialah :
- Bila orang membiasakan membaca Surah Al Waqiah setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.

- Bila di baca Surah Al Waqiah 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang itu akanmemperolehi kekayaan yang melimpah ruah.

- Supaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca Surah Al Waqiah sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isya. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan.

- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu, bacalah Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali sehingga sampai pada malam Jumaat berikutnya, pada malam Jumaat itu ,selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkan membaca Surah Al Waqiah pada waktu pagi dan petang. Insyaallah berhasil.

Surah Al Waqiah  jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllahdipermudahkan untuk Roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca di sisi orang yang sakit, diringankan kesakitannya. Jika ditulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, insyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga di baca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As Syeikh Abi Abbas, katanya :
- Bila hendak mengamalkan Surah Al Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis.Puasanya tidak makan sesuatu yang bernyawa iaitu tidak makan daging, ikan, segala jenis haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat Subuh pada hari Jumaat pertama, maka di akhiri lah pembacaan tersebut pada setelah solat fardhu Isya pada Jumaat berikutnya.

- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca Surah Al Waqiah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

InsyaAllah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya dengan izin Allah.


Aku...Sayang Ibu dan Ayah..



SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.
 
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

·         1. Memberi bantuan keewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

·         2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

·         3. Memberi kasih sayang

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

·         5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.

·          

·         6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

·         7. Bercakap dengan lemah lembut

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

·         8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

·         9. Meluangkan masa bersama-sama

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

·         10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

credit to Mz Zainudin.blogspot.com

Wednesday, 26 March 2014

Rezeki hak Allah: Rezeki yang cukup...



Kamek xlah sehebat mana pun..xlah sepandai mana pun..cuma sekadar nak berkongsi..apa yg kamek tauk..kamek akan kongsikan..Ilmu perlu di kongsi bersama..sbb ilmu adalah pahala kekal..selagi orang yg menerima ilmu ya menggunakannya..seperti yang kamek pelajari..
Kita bila berdoa..salu jak minta Allah itu..ini..nak itu..nak ini..jadi itu..jadi ini..
Selalu ingat kata2 seorang uztazah tok.."Allah akan bagi bila masa yg sesuai..Allah x pernah lupa untuk tunaikan permintaan hambaNya..Dia akan bagi melalui berbagai2..bermacam2 cara..mungkin melalui teman kita..melalui insan yg x pernah kita kenal..melalui ilham..melalui sesiapa atau apa2 saja..Cuma tinggal kita saja yg harus peka n cepat bertindak..umpamanya..bila kita haus..xkan air tu datang sendiri kt kita..mestilah kita yg kena cari.."
Mcm yg mek lalui..setiap hari berdoa..tawakal..berusaha dan berserah..sentiasa minta tiap kali sujud..lama juak lah permintaan ya..tapi mek yakin..akan mek dapat juak..mungkin bukan sekarang..kelak..siap tulis gik ya..rasa membuak dengan keinginan ya..hari2lah mikir..
sampelah satu hari ya..x terduga..Ya Allah..terkejut dan terkedu..x trucap lagi dgn kata2..terima kasih..apa yg dihajati..trmakbul..Dia tunaikan.."rezeki yg cukup..wlpun sedikit..tapi mek amat menghargainya.." jadi apa yg mek terima ya..akan mek lakukan yg terbaik..sebaik mungkin..
sedih yg amat2 masa ya..sedih gembira..x sangka..tetiba teringat ngn cebisan kertas yg pernah mek tulis kt magic book..subhanallah..menjadi kenyataan..
Jadi..konsistan dgn doa tarik rezeki..Doa ya juaklah pake sesiapa yg rasanya terlalu banyak hutang..jika di amalkn..In sha Allah..akan berlaku keajaiban..seperti yg mek lalui..tiada keraguan..



ok..setakat tok lah perkongsian mek..sekadar luahan apa yg nak mek padah..x rugi mun nak cuba amalkan doa tok..doa tok mek dapat dr seorang hamba Allah..yg dah banyak membantu mek untuk mengubah kehidupan ke arah yg lebih baik..Jadi..berubahlah wahai sahabatku..Jika rasa diri seperti dapat hidayah..teruskan berubah ke arah itu..jalan yang benar..pastikan ada guru yg bertauliah menjadi penyokong ktk..supaya x tersesat..

Akhir..salam sayang dr mek..buat ktk semua..Allah sayang semua hambaNya..Jaga Allah..Allah akan jaga kita..

Wassalam.
Nanie...



Wednesday, 15 January 2014

Salam buat semua...

Di harap..semua sihat2 dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T..

Hari tok dah 15hb Jan 2014..lama dh x update..Jadi kali tok nak update lah..so sudikanlah membaca ruangan yg x seberapa tok..tapi harap boleh memberi menfaat utk semua..

Salam Sayang buat semua..
<3 by me just for you..

Wednesday, 8 January 2014

Permulaan tahun 2014..

Salam buat semua..

Dh sekian lama blog tok x update..yalah gara2 lupa password sendiri..hihihi..jadi pastok salu2lah tgk blog mek ok..yalah..x lah seantik blog insan2 len..berbunga2 blog..almaklumlah..sy insan baru belajar..hihiii...

Apapun..terima kasih di ucapkan sebab sudi tgk blog mek..dan jgn lupa tag credit utk mek ok...n bagi lah comment pa2 yg bkaitan...

Apa yg mek dapat kongsi di ctok adalah hasil perkongsian kajiselidik yg benar..tiada tiruan atau pembohongan..(ceewwahh)..

Apalagi..sila2lah jengok2 k...Sayangi diri anda dulu sebelum menyayangi orang sekeliling...Jaga kesihatan diri supaya dapat jaga orang yg anda sayang...


INGAT ALLAH..ALLAH AKAN INGAT KITA..
JAGA ALLAH..ALLAH AKAN JAGA KITA...

Salam buat semua...
Salam Ukhwah...

Entri Menarik: